SEJARAH PENUBUHAN PSS
Pengurusan Pusat Sumber
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nipah merupakan suatu sistem proses pengurusan
yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan
sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi entity subordinate
yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus
memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.
Bagi menjamin tanggungjawab
teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan
secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar,
harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan
yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat
memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri
daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.
Pusat Sumber Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Nipah bermula dengan sebuah bilik bacaan induk dan sebuah bilik
APD sahaja. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan dua buah bilik darjah
dan mampu menampung seramai 40 orang pelajar. Sementara bilik APD pula hanya
mempunyai keluasan sebuah bilik darjah dengan kapasiti 35 orang pelajar.
Kecemerlangan PSS SMK Sri
Nipah bukan hanya terletak pada pengurusan yang mantap dan berkesan, malah
turut didokong oleh kemudahan prasarana yang lengkap dan ceria serta suasana
yang kondusif sebagai pemangkin iklim pembelajaran yang berkesan. Selain
menerima peruntukan daripada kerajaan dan wang SUWA, kemudahan fizikal PSS
turut dipertingkatkan melalui jaringan komuniti seperti ibu bapa dan PIBG.
MATLAMAT PSS
MATLAMAT PSS
Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembangunan PSS akan berusaha melakukan pelbagai inisiatif yang relevan dengan hasrat mencapai matlamat seperti berikut :-
* Meningkatkan mutu pendidikan di SMK Sri Nipah
* Menjadikan sekolah sebagai sebuah koridor raya maklumat dan pusat berfikir ke arah
melahirkan generasi baru yang bestari
* Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin
* Menjadikan PSS sebagai satu Agensi/Sumber Maklumat yang utama
* Menyediakan kemudahan dan bahan yang memadai kepada semua pelajar bagi
membuat rujukan dan mengakses maklumat mengikut keperluan mereka
* Menjadikan pengoperasian PSS sebagai agen perubahan dan pusat penyelesaian
masalah yang berdaya maju serta merangsang kecemerlangan pendidikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan