#melayang {position:fixed;_position:absolute;bottom:30px; left:0px;clip:inherit;_top:expression(document.documentElement.scrollTop+document.documentElement.clientHeight-this.clientHeight); _left:expression(document.documentElement.scrollLeft+ document.documentElement.clientWidth - offsetWidth); }

PERATURAN DAN PERKHIDMATAN

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Peraturan Am

*           Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat dan kertas sahaja ke
dalam PSS. Beg, fail persendirian, buku-buku teks persendirian dan
sebagainya mestilah disimpan di rak  khas yang disediakan di luar PSS.
*           Sebarang bahan PSS tidak dibenarkan dibawa keluar kecuali setelah
bahan tersebut direkodkan oleh pembantu PSS atau Pengawas PSS.
*           Membawa keluar buku atau bahan-bahan PSS tanpa kebenaran bertulis
adalah dianggap melakukan satu kesalahan.
*           Pelajar dilarang MAKAN dan MINUM di dalam PSS.
*           Pengguna PSS adalah dilarang membuat BISING, BERBUAL, dan
BERBINCANG selama berada di dalam PSS. Semua pengguna PSS
diwajibkan mematuhi peraturan amalan SENYAP sepanjang masa.
*           Setiap pengguna dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan PSS
sepanjang masa.
*           Menjaga keselamatan PSS adalah menjadi tanggungjawab bersama.
*           Pengguna dikehendaki memasukkan buku/bahan bacaan yang telah
digunakan/dibaca ke dalam tong yang disediakan sebelum keluar.
*           Ketika hendak keluar dari PSS, pengguna dikehendaki mempamerkan
semua bahan yang hendak dibawa keluar untuk tujuan pemeriksaan jika
diminta.
*           Pelajar dikehendaki menarik perlahan-lahan kerusi untuk mengelak
daripada berbuat bising ketika menggunakannya.
*           Kerusi hendaklah dirapatkan kembali ke meja selepas setiap kali
digunakan.
*           Pastikan tangan sentiasa bersih semasa berada di dalam PSS bagi
Mengelak  buku dan bahan-bahan menjadi kotor.
*           Tarik buku perlahan-lahan daripada rak-rak supaya tidak rosak, koyak dan
lain-lain kerosakan.
*           Pakaian di PSS adalah yang sesuai sebagaimana ketetapan peraturan
pakaian sekolah ini. Pakaian jeans, seluar pendek, skirt dan pakaian
berwarna-warni dilarang sama sekali.
*           Pelajar hendaklah beratur ketika hendak masuk, keluar dan semasa
berurusan meminjam atau memulangkan buku/bahan.
*           Semua pelajar dikehendaki keluar dengan segera dalam keadaan beratur
dan senyap apabila loceng penamat dibunyikan.
*           Pelajar tidak dibenarkan berdiri atau membuat bising di luar PSS semasa
PSS dibuka.
*           Peraturan ini mesti dipatuhi oleh semua pengguna pada setiap masa.
*           Semua peraturan ini adalah tertakluk pada pindaan dari semasa ke
semasa.


Peraturan Penggunaan PSS Pada Waktu belajar

#          Guru-guru tidak dibenarkan membawa masuk pelajar atau kelasnya ke
dalam  PSS pada waktu rehat.
#          Guru yang membawa pelajar masuk ke PSS hendaklah sentiasa berada
bersama pelajarnya.
#          Hanya dua kelas pelajar sahaja dibenarkanberada di dalam PSS pada
satu-satu masa.
#          Guru yang menggunakan PSS hendaklah menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran secara terancang dan sistematik.
#          Jadual penggunaan PSS adalah secara tempahan, siapa cepat dia dapat.
Jadual/borang tempahan disediakan di kaunter.
#          Alat-alat/ bahan yang ada di dalam PSS tidak dibenarkan dibawa keluar
kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Penyelaras PSS atau
Pengerusi/ Ketua Unit Perpustakaan.
#          Sebelum alat/bahan tersebut dibawa keluar, guru/peminjam hendaklah
mengisi ‘Borang Pinjaman Peralatan’ yang boleh didapati daripada Kerani
PSS.
#          Hanya ( 2 ) dua orang GURU/PEGAWAI YANG DIBERI KUASA UNTUK
MELULUSKAN PINJAMAN ALAT-ALAT DI PSS, iaitu Penyelaras dan
Pengerusi/ Ketua unit Perpustakaan.
#          Pelajar tidak akan  dibenarkan mengisi borang pinjaman bagi pihak guru.

Peraturan Keahlian

#          Semua pelajar SMK Sri Nipah adalah merupakan ahli PSS.
#          Pelajar diwajibkan membayar yuran keahlian sebanyak RM3.50 setahun
seorang dan dibayar bersama Yuran Sekolah.
#          Guru-guru  dan kakitangan SMK Sri Nipah adalah ahli secara automatik
tanpa dikenakan sebarang yuran.
#          Setiap Peminjaman  atau Pemulangan bahan hendaklah menggunakan
Kad Keahlian sendiri. Tanpa kad ini tidak boleh bertukar hak milik.
#          Setiap kad Pinjaman mesti mempunyai sekeping gambar berukuran
pasport
#          Pelajar yang kehilangan Kad Peminjaman ( Ahli ) boleh memohon kad
baru dengan kos sebanyak RM1.00
#          Warna kad pinjaman:
Kuning: menengah atas
Hijau:    menengah rendah






Peraturan Pinjaman &  Pemulangaan Bahan/alat

Peraturan Pinjaman Bahan/Alat
*           Setiap pelajar hanya dibenarkan meminjam dua (2) buah buku sahaja
dalam satu-satu masa untuk tempoh maksima satu (1) minggu
persekolahan.
*           Para pelajar tidak dibenarkan meminjam buku bagi pihak orang lain.
*           Semua peminjam adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan
keselamatan buku yang dipinjam daripada hilang, koyak, diconteng dan
sebagainya.
*           Sekiranya terjadi kerosakan pada buku dengan sebab tidak sengaja,
JANGAN cuba membaikinya, sebaliknya kembalikan buku tersebut
dengan helaian yang cukup dan beritahu kepada guru atau pengawas
bertugas.
*           Buku rujukan, majalah, jurnal, risalah dll, tidak boleh dipinjam.
*           Peminjam boleh memperbaharui tarikh pinjaman buku PSS selepas habis
tempoh pinjaman, kecuali buku tersebut telah ada rekod tempahan oleh
pelajar lain.
*           Semua buku/bahan yang ingin dibawa keluar daripada PSS hendaklah
dengan kebenaran Penyelaras PSS/Guru PSS 1/Pengawas PSS.
*           Buku Berbintik Merah ( Red Spot ) boleh dipinjam untuk tempoh  satu (1)
hari  sahaja dengan merekod pinjamannya  dalam Buku Rekod Pinjaman
Terhad.
- Buku Bertanda Hijau    : Koleksi RUJUKAN
- Buku Bertanda Kuning  : Koleksi BERSIRI

Peraturan Pemulangan Bahan/Alat
*           Buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan sebelum atau pada tarikh
yang telah ditetapkan.
*           Denda sebanyak 10 sen sehari bagi sebuah buku buku akan dikenakan
sekiranya peminjam lewat mengembalikan buku yang dipinjam.
*           Peminjam bertanggungjawab ke atas buku yang dipinjamkan. Sekiranya
gagal memulangkan buku tersebut, peminjam dikehendaki mengantinya
atau membayar ganti rugi sejumlah dua kali ganda harga buku berkenaan.
*           Pelajar yang sangat lewat memulangkan  buku, namanya akan
dipamerkan di papan-papan kenyataan.
*           Penyelaras PSS berhak meminta kembali buku yang dipinjam sekiranya
perlu walaupun belum tamat tempoh pinjaman

Cara Pemulangan Buku/Bahan
1.         PSS SMK Sri Nipah menggunakan prosedur pinjaman/pemulangan bahan
buku secara sistem automasi.

2.         Sistem berautomasi sepenuhnya ini termasuklah penggunaan ‘Bar code
untuk memudahkan urusan peminjaman dan pemulangan bahan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI PSS

Perkhidmatan-perkhidmatan berikut boleh diperolehi di PSS SMK Sri Nipah.

Perkhidmatan di PSS Induk
1.         Perkhidmatan Pinjaman Bahan Sumber PSS
- menggunakan Sistem ’Bar Code’ sepenuhnya

2.         Ruang-ruang bacaan dengan keluasan mencapai kapasiti 10 peratus
bilangan pelajar sekolah ini.
- diasingkan antara kelompok pelajar lelaki dan perempuan

3.         Perkhidmatan Bilik Rujukan untuk pengguna/pengunjung Red Sport
- boleh digunakan untuk perbincangan kumpulan dan rujukan khas.
- bilik ini bersifat kalis suara/bunyi

4.         Perkhidmatan Penerbitan
- Menghasilkan Pamplet PSS
- Menyediakan Sijil NILAM & Pengawas PSS

5.         Perkhidmatan Scanning
- perkhidmatan ini dikhaskan untuk guru-guru membuat ‘scan’ bahan P&P

6.         Perkhidmatan laminating
- Digunakan untuk menghasilkan Kad PSS, bahan pameran dan lain-lain
berkaitan urusan PSS dan sekolah.

Perkhidmatan di Koridor PSS
1.         Perkhidmatan ICT
- terdapat sebuah Makmal Komputer untuk operasi P&P
2.         Perkhidmatan Pameran Berkala
- satu sudut khas berhampiran Perpustakaan disediakan khusus sebagai
tempat panitia mata pelajaran membuat pameran. Pameran dibuat
secara giliran mengikut tarikh dan tempoh yang ditetapkan oleh pihak
Penyelaras PSS.
3.         Perkhidmatan TVP ( Astro )
- Kemudahan ini disediakan di dalam Bilik Tayangan.
- guru dan pelajar boleh menjalani proses P & P mekanisma TVP Astro
  sama ada secara ‘on air’ atau ‘off air.
4.         Perkhidmatan ABM, APD
- Kemudahan mengadakan kelas berbantukan bahan/alat yang lengkap
dan mencukupi
5.         Perkhidmatan Ruang Santai
- Satu ruang di dalam perpustakaan yang dilengkapi dengan meja Jepun
untuk aktiviti permbacaan bersantai

KEMUDAHAN FIZIKAL

Infrastruktur Fizikal PSS

Pada asasnya SMK Sri Nipah  mempunyai pelbagi kemudahan fizikal yang bertindak
sebagai PSS. Dari segi infrastruktur, kemudahan-kemudahan yang disediakan terbahagi
kepada dua (2) aspek yang utama.

a.         PSS Induk dengan LIMA ( 5 ) premis Utama.

1          PREMIS PUSAT SUMBER INDUK

1.         PERPUSTAKAAN
2.         BILIK APD
3.         BILIK BBM
4.         BILIK KOMPUTER
5.         BILIK SAL/PAK

2.         Kemudahan Perabot dan Alatan

3.         Kemudahan Koleksi Bahan Cetak

4.         Kemudahan Bahan Bukan Cetak


5.         Kemudahan Perkakasan Media Elektronik

1 ulasan:

  1. kenapa seram sangat nii..kenapa gambar tu bila kita sentuh dia senyum

    BalasPadam