#melayang {position:fixed;_position:absolute;bottom:30px; left:0px;clip:inherit;_top:expression(document.documentElement.scrollTop+document.documentElement.clientHeight-this.clientHeight); _left:expression(document.documentElement.scrollLeft+ document.documentElement.clientWidth - offsetWidth); }

FUNGSI DAN PERANAN PSS

  1. Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia definisi Pusat Sumber sebagai satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua  pihak sekolah mencapai matlamat kurikulumnya.

  1. Pusat Sumber merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti  ke arah melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.Ia mengumpul,membina,memproses dan mengedar bahan cetak dan bukan  cetak dengan gabungan nilia-nilai kemanusiaan. Ia juga memberikan  perkhidmatan  yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik(shaharom & Wan Ab Kadir,1996)

  1. Peranannya sebagai satu sistem yang menyokong ke arah matlamat pendidikan negara.Ia perlu bergerak dengan pelbagai bahan dan aktiviti ke arah memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran.


  1. Fungsinya sebagai tempat mengumpul, menghasil,mengorganisasi dan menyebar atau menggunakan maklumat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan