Program NILAM
1 Latar
Belakang
a. Nadi Ilmu Amalan Membaca
( NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan
membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
* Merangkumi rancangan
membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (peringkat pegurusan).
* Melalui aktiviti-aktiviti
galakan membaca di sekolah (praktikal).
* Merupakan program penilaian
pembacaan yang berterusan sepanjang tahun sehingga tamat persekolahan (penilaian
).
b. Bila program ini bermula:
* Program ini telah mula dilaksanakan
dengan Tahun Satu di sekolah rendah. Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah
menengah dengan rasminya pada tahun
1999.
* Mengikut Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998; Pelaksanaan Program NILAM yang
mewajibkan semua sekolah di Malaysia menjalankan Program NILAM.
* Langkah pemantapan budaya
membaca dalam kalangan murid-murid sekolah ini juga diperkukuhkan lagi melalui
Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2005 bertarikh 12 Mei 2005; Memantapkan Budaya
Membaca di kalangan Murid Sekolah.
2 Matlamat
Satu strategi untuk menanam minat membaca
dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya
murid sekolah hingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca dalam
kalangan rakyat Malaysia.
3 Objektif
a. Menjadikan murid banyak
membaca. Pembacaan melibatkan semua genre , bahan yang berkualiti dan tidak
terkongkong kepada pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja.
b. Menggalakkan sekolah terus
menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai tabiat membaca.
c. Melahirkan tokoh murid yang
berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berani berhadapan
dengan khalayak, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.
d. Melahirkan lebih ramai
golongan pelajar yang cinta akan bahan bacaan, menjadikannya sebagai satu
budaya dan ‘role model’ kepada rakan-rakan sebaya yang lain.
e. Menjadi pemangkin terhadap
budaya membaca dalam masyarakat.
4 Tahap Program NILAM
Program NILAM mempunyai dua tahap.
Tahap yang pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca
sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua
pula membantu percambahan penyertaan murid dan penggunaan bahan dalam aktiviti
galakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).
a. Tahap Pertama
Tahap ini dinamakan JAUHARI. Pada tahap ini semua murid diwajibkan
mengikuti aktiviti galakan membaca yang
dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun.
i. Murid mula mengikuti
aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas membaca (Pertengahan
Tahun Satu).
ii. Murid diberi kemudahan
meminjam buku melalui PSS untuk aktiviti galakan membaca yang dijalankan.
Keupayaan kebanyakan PSS meminjamkan buku kepada murid adalah pada kadar
minimum sebuah buku untuk dua minggu. Dengan kadar tersebut kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat
diklasifikasikan seperti dalam jadual 1 dan jadual 2.
|
Tahun
|
Asas
|
Sederhana
|
Tinggi
|
Tertinggi
|
|
1
|
9x1 = 9
|
9x2 = 18
|
9x3 = 27
|
9x4 = 36
|
|
2
|
18x1 = 18
|
18x2 = 36
|
18x3 = 54
|
18x4 = 72
|
|
3
|
18x1 = 18
|
18x2 = 36
|
18x3 = 54
|
18x4 = 72
|
|
4
|
18x1 = 18
|
18x2 = 36
|
18x3 = 54
|
18x4 = 72
|
|
5
|
18x1 = 18
|
18x2 = 36
|
18x3 = 54
|
18x4 = 72
|
|
6
|
18x1/2 = 9
|
18x1 = 18
|
18x1½ = 27
|
18x2 = 36
|
|
JUMLAH
|
90
|
180
|
270
|
360
|
JADUAL 1 : Tahap Pembacaan Berasaskan Bilangan
Buku di Sekolah Rendah
|
Tingkatan
|
Asas
|
Sederhana
|
Tinggi
|
Tertinggi
|
|
1
|
18 x 1 = 18
|
18 x 2 =36
|
18 x 3 = 54
|
18 x 4 = 72
|
|
2
|
18 x 1 = 18
|
18 x 2 = 36
|
18 x 3 = 54
|
18 x 4 = 72
|
|
3
|
18 x ½ =9
|
18 x 1 = 18
|
18 x 1½ = 27
|
18 x 2 = 36
|
|
4
|
18 x 1 = 18
|
18 x 2 = 36
|
18 x 3 = 54
|
18 x 4 = 72
|
|
5
|
18 x ½ = 9
|
18 x 1 = 18
|
18 x 1½ = 27
|
18 x 2 = 36
|
|
JUMLAH
|
72
|
144
|
216
|
288
|
JADUAL 2 : Tahap Pembacaan Berasaskan Bilangan
Buku di Sekolah Menengah
18 = Pinjaman buku 2 minggu sekali bagi 36 minggu dalam setahun.
Jumlah 36 minggu setahun ialah minggu persekolahan, tidak mengambil kira minggu
aktiviti sukan dan peperiksaan.
Nota : Murid tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5 dianggap mempunyai peluang
pada 6 bulan pertama untuk menyertai program ini dengan aktiviti diperlahankan pada 6 bulan
kedua.
iii. Sistem Ganjaran JAUHARI
Berdasarkan pada kadar bacaan seperti
Jadual 1 dan Jadual 2, murid-murid diberi ganjaran dan pengiktirafan
sejajar dengan tahap pencapaian mereka.
Pengiktirafan ini boleh digunakan sebagai sebahagian daripada kriteria
pemilihan ke sekolah kawalan, sekolah Berasrama Penuh atau temuduga untuk
penajaan biasiswa. Cadangan pengiktirafan adalah seperti berikut, dengan
mengambil kira kemampuan purata murid setelah 6 tahun dan 5 tahun bersekolah:
|
Jumlah
Bacaan/Buku
|
Pengiktirafan
|
|
90 – 179
|
Gangsa
|
|
180 – 269
|
Perak
|
|
270 – 359
|
Emas
|
|
360 – ke atas
|
NILAM
|
JADUAL 3 : Pengiktirafan Tahap
Jauhari Sekolah Rendah
|
Jumlah
Bacaan/buku
|
Pengiktirafan
|
|
72 – 143
|
Gangsa
|
|
144 – 215
|
Perak
|
|
216 – 287
|
Emas
|
|
288 – ke atas
|
NILAM
|
JADUAL 4 : Pengiktirafan Tahap Jauhari Sekolah
Menengah
b. Tahap Kedua
Ciri-ciri tahap kedua NILAM ialah mengutamakan aspek kepimpinan dalam
aktiviti membaca. Tahap ini dinamakan RAKAN PEMBACA (RP). Tahap in member
penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya
suka membaca. Murid-murid yang telah membaca sebanyak 100 buah buku di Tahap
Jauhari layak memasuki Tahap RP. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI
masih diteruskan.
i. Proses di tahap RP ini
ialah pelajar RP menerima panduan daripada guru pembimbing yang dikhaskan
berkebolehan dibimbing oleh seorang guru. Guru bolehlah mengambil peluang untuk
turut sama berada di tempat aktiviti yang dijalankan oleh murid tersebut secara
formal.
ii. Murid dilatih melalui
bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.
Murid akan memilih dan meminjam buku di PSS atau sumber-sumber lain untuk
dibaca dan seterusnya meminjam buku tersebut kepada rakan-rakan, keluarga dan
jiran.
iii. Pengiraan markah bagi
Tahap RP berdasarkan aktiviti yang
dijalankan, antaranya;
-Bercerita/Membaca
Bersama/Bicara Buku/Meminjam Buku/Syarahan/Lakonan/Diskusi
|
Bil
|
Aktiviti
|
Markah
|
|
1
|
Bercerita
|
1 sesi x
jumlah pendengar
|
|
2
|
Membaca
bersama
|
1 sesi x
jumlah pembaca
|
|
3
|
Bicara buku
|
1 sesi x
jumlah pendengar
|
|
4
|
Meminjam buku
|
1 sesi x
jumlah peminjam
|
|
5
|
Syarahan
|
1 sesi x
jumlah pendengar
|
|
6
|
Lakonan
|
1 sesi x
jumlah penonton
|
|
7
|
Diskusi
|
1 sesi x
jumlah pendengar
|
JADUAL 4 :
Cadangan markah bagi aktiviti
Contoh kiraan markah
|
Bil
|
Aktiviti RP
|
Sesi/Pendengar
|
Markah
|
|
1
|
Bercerita
|
1 sesi x 20
pendengar
|
5
|
|
2
|
Membaca
bersama
|
1 sesi x 2
pembaca
|
2
|
|
3
|
Bicara buku
|
1 sesi x 3
pendengar
|
3
|
|
4
|
Meminjamkan
buku
|
1 sesi x 4
peminjam
|
4
|
|
5
|
Syarahan
|
1 sesi x 150
pendengar
|
5
|
|
6
|
Lakonan
|
1 sesi x 40
penonton
|
5
|
|
7
|
Diskusi
|
1 sesi x 60
pendengar
|
5
|
JADUAL 5 : Contoh pengiraan markah Rakan Pembaca
Nota : i.Banyak aktiviti RP boleh
diadakan bagi setiap sebuah buku
ii.Markah maksimum untuk satu sesi atau pinjaman sesebuah buku
adalah 5.
iv. Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh
murid direkodkan dalam Buku Rekod RP, disemak dan dinilai oleh guru pembimbing
yang ditentukan.
v. Pengiktirafan RP adalah
seperti yang berikut;
|
Markah
|
Pengiktirafan
|
|
100 – 199
|
Gangsa
|
|
200 – 299
|
Perak
|
|
300 – 399
|
Emas
|
|
400 – ke atas
|
NILAM
|
JADUAL 6 :
Pengiktirafan Rakan Pembaca
5. Kawalan
Sekolah membentuk satu mekanisma pengurusan program membaca di sekolah.
Masa ditetapkan mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak sekolah. Semua
bacaan ini direkodkan dan diurus secara sistematik. Pengesahan pembacaan dibuat
melalui rekod bacaan yang diisi oleh murid-murid. Rekod bacaan boleh disediakan
berdasarkan contoh-contoh yang
dilampirkan, ( rujuk contoh Rekod Bacaan) boleh diubahsuai untuk
keberkesanan penggunaan. Pihak
pengurusan sekolah perlu memastikan semua rekod bacaan murid disahkan dan
jumlah pembacaan mereka setiap tahun disedia dan dikemaskini.
g) Strategi Pelakasanaan
6.1 Pelaksanaan Program NILAM di peringkat negeri dijalankan oleh
JPN dengan kerjasama PSPN sebagai urus setia. Kerja-kerja yang dilakukan
termasuklah menempatkan program, menyelia, menilai dan melapor untuk tujuan
pengubahsuaian atau penerusan. Satu buku panduan pelaksanaan program perlu
disediakan mengikut kesesuaian sekolah. Sekolah juga boleh menghasilkan
aktiviti yang berkesan dan inivatif mengikut kreativiti masing-masing. Perkara-perkara berikut perlu dihuraikan dengan jelas dalam
buku panduan tersebut;
a. Jenis
aktiviti dan cara pelaksanaannya
b. Peranan
warga sekolah
c. Penglibatan
ibu bapa
d. Jenis bahan bacaan
e. Spesifikasi bahan bacaan
f. Rekod
bacaan
g. Pengesanan
dan penilaian
h. Lain-lain
6.2 Jawatankuasa Pelaksanaan
NILAM perlu ditubuhkan di semua negeri yang bertanggungjawab kepada Bahagian
Teknologi Pendidikan selaku urus
setia Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Jawatankuasa ini juga bertugas merancang dan melaksanakan Program
NILAM di peringka negeri.
h) Kesimpulan
Progran NILAM adalah satu pendekatan yang member
peluang dan galakan kepada murid-murid
menggunakan keupayaan diri membentuk tabiat membaca. Pelaksanaan program
secara sistematik disokong dengan dokumen dan rekod yang sahih memudahkan
penilaian dan pengiktirafan. Ianya juga
dapat dijadikan sumber rujukan bagi pihak-pihak yang berminat mengkaji atau
menjadikannya sebagai contoh untuk dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan