#melayang {position:fixed;_position:absolute;bottom:30px; left:0px;clip:inherit;_top:expression(document.documentElement.scrollTop+document.documentElement.clientHeight-this.clientHeight); _left:expression(document.documentElement.scrollLeft+ document.documentElement.clientWidth - offsetWidth); }

Isnin, 31 Mac 2014

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN PSS


Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nipah merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.

Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nipah bermula dengan sebuah bilik bacaan induk dan sebuah bilik APD sahaja. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan dua buah bilik darjah dan mampu menampung seramai 40 orang pelajar. Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keluasan sebuah bilik darjah dengan kapasiti 35 orang pelajar.



Kecemerlangan PSS SMK Sri Nipah bukan hanya terletak pada pengurusan yang mantap dan berkesan, malah turut didokong oleh kemudahan prasarana yang lengkap dan ceria serta suasana yang kondusif sebagai pemangkin iklim pembelajaran yang berkesan. Selain menerima peruntukan daripada kerajaan dan wang SUWA, kemudahan fizikal PSS turut dipertingkatkan melalui jaringan komuniti seperti ibu bapa dan PIBG.

MATLAMAT PSS 

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembangunan PSS akan berusaha melakukan pelbagai inisiatif yang  relevan dengan hasrat mencapai matlamat seperti berikut :-

*     Meningkatkan mutu pendidikan di SMK Sri Nipah
*     Menjadikan sekolah sebagai sebuah koridor raya maklumat dan pusat berfikir ke arah
melahirkan generasi baru yang bestari
*     Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin
*     Menjadikan PSS sebagai satu Agensi/Sumber Maklumat yang utama
*     Menyediakan kemudahan dan bahan yang memadai kepada semua pelajar bagi
membuat rujukan dan mengakses maklumat mengikut  keperluan mereka
*    Menjadikan pengoperasian PSS sebagai agen perubahan dan pusat penyelesaian


masalah yang berdaya maju serta merangsang kecemerlangan pendidikan